Biodata Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh

Al-Fadhil Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dilahirkan pada 17hb Mac 1967. Beliau telah berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah tujuh orang anak.

Memperolehi ijazah sarjanamuda Usuluddin & Tafsir daripada Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1990. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajian ijazah sarjana Aqidah & Falsafah daripada Universiti Al-Bayt, Jordan. Setelah memperolehi ijazah Sarjananya pada tahun 1997, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dari tahun 1998 hingga 1999.

Kini beliau sedang menyiapkan PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Dakwah & Kepimpinan.

Dari segi kepimpinan beliau merupakan:
  1. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat
  2. Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri, Terengganu
  3. Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu
  4. Pengerusi ALUMNI Timur Tengah
  5. Pengerusi Kompleks Pendidikan Islam Besut, Terengganu