MAKLUMAN : Blog Ustaz Nik Zawawi Telah Berpindah


Salam semua

Setelah menanti selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya ustaz-nik-mohd-zawawi.blogspot.com tiba-tiba muncul setelah harapan untuk pihak www.blogger.com menerima 'appeal' saya semakin pudar.

Terkesan dengan rungutan rakan-rakan & desakan hati untuk terus terlibat dalam usaha dakwah ini, saya telahpun membangunkan blog baru untuk Ustaz Nik Zawawi.

Kepada yang masih lagi berminat/sudi untuk melayari blog Ustaz Nik Zawawi, silalah ke:


Kepada yang mendoakan agar blog ini kembali semula di persada dakwah, tiada kata yang mampu diluahkan kecuali...."Semoga Allah memberkati kita semua, amin"

Wassalam.

Admin

Bab Jenayah

KITAB : FIKAH MAZHAB SYAFIE JILID 8
TAJUK : BAB JENAYAH
TARIKH : 8hb Januari 2011 (Sabtu)
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Dewan Surau Saujana Impian, Kajang, Selangor
RAKAMAN : | muat turun |


Bab Dosa Tidak Membayar Zakat (Sambungan)

TAJUK : DOSA TIDAK MEMBAYAR ZAKAT (SAMBUNGAN)
TARIKH : 8hb Januari 2011 (Sabtu)
MASA : Selepas Solat Subuh
TEMPAT : Surau Saujana Impian, Kajang, Selangor
RAKAMAN : | muat turun |

1 Malaysia Bercanggah Dengan Parti Komponen BN

BESUT - Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, yang juga Ketua penerangan Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata slogan 1Malaysia bercanggah dengan perjuangan parti-parti komponen utama Barisan Nasional (BN) termasuk Umno.

Oleh itu katanya, pemimpinan BN termasuk Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai bercakap mengenai 1Malaysia

Ia adalah kerana menurutnya, UMNO jelas memperjuangkan nasib Melayu, manakala MCA memperjuangankan kaum Cina dan MIC hanya memperjuangankan kaum India sahaja yang samasekali bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

“1Malaysia bercanggah dengan perjuangan UMNO sedangkan UMNO menentang kaum lain. Bila buat polisi, Umno hanya mementingkan kaum Melayu,

"sebagai contoh yang jelas dan terang, polisi perkhidmatan awam dan kenaikan pangkat, Umno hanya pentingkan orang-orang Melayu dan memingggirkan kaum-kaum lain,"ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, perkara yang serupa berlaku apabila Menteri MCA atau MIC menguasai sesuatu kementerian, menjadi kebiasaan menteri-menteri tersebut 'bias' kerana mereka memperjuangankan kaum-kaum, bukannya 1Malaysia.

Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menyeru semua pemimpin BN berhenti bercakap tentang 1Malaysia bahkan pemimpin Umno, MCA dan MIC wajib menolak 1Malaysia, sehingga parti-parti komponen membetulkan halatuju parti masing-masing.

"Tak guna bercakap 1Malaysia sedangkan pemimpin Umno berkata kaum Cina adalah pendatang, menjadi pelacur dan kaum India juga kaum pendatang yang menjadi peminta sedekah,"jelasnya, mengulangi apa yang pernah diucapkan oleh pegawai Perdana Menteri tidak berapa lama dulu.

Pada masa sama, beliau berkata, 1Malaysia dilihat tiada hala tuju dan rmelihat pemimpin UMNO terpaksa mewujudkan slogan sedemikian kerana kaum-kaum lain berasa terpinggir akibat Umno hanya pentingkan Melayu.

“Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru mereka mahu buat 1Malaysia sedangkan kaum lain sudah mula memberi undi dan perhatian kepada pembangkang,” katanya.

Sumber : DEWAN ULAMA PAS Negeri Terengganu

Makluman : Kongsi Posting Ke Dalam Facebook Anda

Salam semua

Pihak Admin telah memasukkan fungsi butang Share di dalam setiap posting seperti di bawah.
Sekiranya anda ingin berkongsi posting daripada blog ini ke dalam Facebook anda, sila tekan butang Share yang terletak di bawah setiap posting. Secara automatik, Facebook anda akan dikemaskini dengan posting tersebut.

Semoga penambahan fungsi baru ini akan menjadikan blog Ustaz ini bertambah efisien di dalam penyampaian dakwah & penyebaran ilmu, insyaALLAH.

Wassalam.

Admin

Dosa Tidak Mengeluarkan Zakat

KITAB : DOSA-DOSA BESAR
TAJUK : DOSA TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT
TARIKH : 11hb Disember 2010 (SAbtu)
MASA : Selepas Solat Subuh
TEMPAT : Surau Saujana Impian, Kajang, Selangor
RAKAMAN : | muat turun |

Bab Seseorang Tidak Akan Meninggal Dunia Kecuali Dirinya Berprasangka Baik & Merasa Takut Kepada Allah SWT


TAJUK : BAB SESEORANG TIDAK AKAN MENINGGAL DUNIA KECUALI DIRINYA
BERPRASANGKA BAIK & MERASA TAKUT KEPADA ALLAH SWT
TARIKH : 12hb Disember 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Subuh
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |
NOTA TAMBAHAN : | dalam proses |

Pendahuluan (Takrif Ilmu Fikah, Sumber & Istilahnya)

KITAB : FIKAH MAZHAB SYAFIE (jilid 1)
-
terbitan Pustaka Salam Sdn Bhd
TAJUK
: PENDAHULUAN (TAKRIF ILMU FIKAH, SUMBER & ISTILAHNYA)
TARIKH : 12hb Disember 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Masjid Al-Uudiah, Ampang, Selangor
RAKAMAN : | muat turun |